CHAOS | AFO Radio

CHAOS singkatan bagi Club House Art of Speed merupakan port sempoi di tengah bandar Kuala Lumpur buat peminat dunia seni otomotif kustom dan gaya hidup berkumpul serta bertukar pendapat.

Art of Speed Malaysia merupakan peneraju skena yang menganjurkan pelbagai program termasuk acara seni otomotif dan gaya hidup terbesar di Malaysia sejak 2012.

Acara tahunan Art of Speed Malaysia mendapat sambutan dari dalam dan luar negara dengan pengunjung melebihi 55,000 orang setiap tahun.

Dari sebuah Clubhouse AOS ia sekarang mengisi ruang udara melalui rancangan CHAOS LIVE di AFO Radio.

2023 #artofspeedmy