logo-AOS
HWLT22_2880x700_WebBanner

Legends Tour

Terma dan Syarat

  1. Hotwheels legends Malaysia adalah program pertandingan pengubahsuaian kenderaan terbaik dan unik peringkat antarabangsa yang di anjurkan oleh Hot Wheels dengan Art of Speed Malaysia sebagai penganjur tempatan. Kereta pemenang pertandingan ini akan di cipta menjadi die-cast Hot Wheels berskala 1:64 yang akan dijual ke seluruh dunia.
  2. Program ini dianjurkan untuk seluruh Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahu dan ke atas.
  3. Pendaftaran program berlansung dari 18 Jun 2022 sehingga 15 Ogos 2022.
  4. Penyertaan adalah percuma.
  5. Peserta boleh mendaftar secara atas talian melalui laman sesawang https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/.
  6. Peserta mestilah mengisi informasi yang di minta di halaman pendaftaran.
  7. Segala informasi yang dikongsi adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  8. Peserta akan menerima e-mail pengesahan penyertaan dalam tempoh 72jam selepas membuat pendaftaran.
  9. Peserta boleh mendaftar lebih daripada satu kenderaan.
  10. Kenderaan yang dimuat naik tidak boleh mempunyai unsur politik, perkauman atau mengambil hak cipta pihak lain.
  11. Jika peserta tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk menarik balik penyertaan pemenang dan memilih pemenang yang baru.
  12. Segala informasi peserta yang mendaftar secara atas talian, menjadi hak penganjur sepenuhnya.
  13. Hot Wheels berhak untuk menggunakan gambar atau video yang dimuat naik untuk tujuan promosi secara komersial atau bukan komersial.
  14. Kriteria pemilihan Hot Wheels Legends Malaysia:
    • Reka bentuk
    • Ketulenan
    • Kekuatan Garaj
    • Kemudahan dan Prestasi
  15. Hot Wheels Malaysia tidak bertanggungjawab jika terjadi penipuan yang menggunakan nama Hot Wheels Malaysia.
  16. Pengesahan pemenang adalah hak mutlak Hot Wheels Malaysia.
  17. Hadiah kemenangan tidak boleh di tukar menjadi wang atau di tukar hak milik.
  18. Hot Wheels Malaysia mempunyai hak untuk mengubah hadiah pemenang melalui laman sesawang https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/ atau melalui media komunikasi yang lain.
  19. Hot Wheels Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai syarat dan kelayakan program Hot Wheels Legends Malaysia melalui laman sesawang https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/ atau media komunikasi yang lain.
  20. Keputusan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh diubah.

Klik butang pautan di bawah untuk memulakan pendaftaran penyertaan

follow us

2020 #artofspeedmy